suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanjeevan Ditahan Sekali Lagi Guna Kelayakan Akademik Palsu

Datuk R.Sri Sanjeevan
PETALING JAYA: Pengerusi Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan sekali lagi, kali ini kerana didakwa menggunakan kelayakan akademik palsu.

Sanjeevan ditahan di luar pejabat Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Medan Damansara sekitar pukul 6.15 petang Rabu.

Ketika dihubungi sejurus selepas penangkapan itu, Sanjeevan berkata dia telah ditangkap tetapi tidak pasti atas sebab apa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penangkapan itu.

"Sanjeevan disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kelayakan akademik palsu dengan niat untuk menipu," katanya ketika dihubungi Rabu.

Sanjeevan dan pemandunya, seorang warga India, sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan ugutan jenayah serta peras ugut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain