suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah Projek Pembalakan: Ahli Perniagaan Ditahan Reman

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lebih RM500,000 membabitkan projek pembalakan di pantai timur.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki yang berpangkat Datuk itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini (Selasa).

Menurut pegawai SPRM, lelaki berusia 64 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Pencegahan Rasuah 2009.

Lelaki itu ditahan SPRM di rumahnya di Bukit Jalil pada pukul 4.40 petang semalam. 

SPRM, Balak

Artikel Lain