suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditahan Buat Kenyataan Tahyul Terhadap Sultan Johor

JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan seorang lelaki di Pulau Pinang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik berunsurkan tahyul terhadap Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Jalan Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas kira-kira 5.05 petang.

Dia dipercayai merupakan individu yang bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatApps, sebelum satu laporan polis dibuat di sini petang Ahad berhubung perkara berkenaan, katanya.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas dua buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat kenyataan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.

Sultan Johor, Polis

Artikel Lain