suria

452,721 Calon Duduki UPSR Mulai 1 Sept

KUALA LUMPUR: Seramai 452,721 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 yang akan diadakan selama lima hari pada 1, 5 hingga 8 Sept ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah tersebut 443,677 merupakan calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,044 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,100 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 51,518 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual.

Lembaga peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my.

Artikel Lain