suria

Tak Masuk Akal Jadi Terlalu Sensitif - Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Sebagai individu yang mempunyai kebolehan untuk berjenaka, pelawak terkenal dan hos televisyen Harith Iskander merasakan bahawa sesuatu perkataan itu sendiri mempunyai makna yang sempit.

Namun katanya ia terpulang kepada cara anda menafsirkannya.

"Saya masih ingat mengenai kata-kata bahawa 'Insult is not given, it is taken'. Begitu juga dengan sensitiviti, ia terserah kepada penerima.

"Sebagai contoh, jika seseorang berkata kepada saya, 'Hei, anda gemuk', tiada makna mengenainya bagi saya dan saya hanya boleh menjawab 'Ya, saya.' Tak  apa-apa yang sensitif mengenainya," katanya.

Harith merasakan ramai pihak yang terlalu sensitif mengenai sensitiviti.

"Mari kita hentikan pendirian kononnya semua orang boleh tersinggung dengan apa jua situasi. Saya belajar di St John, sebuah sekolah Katolik, guru besar adalah Brother Albert.

"Beratus-ratus dan beribu-ribu orang Melayu belajar di sana juga dan tiada seorang pun daripada mereka menukar agama. Tetapi hari ini pada 2016, banyak perkara telah menjadi sensitif. Sejak bila kita menjadi begitu 'sensitif'?

"Perkara yang indah apabila melancong adalah apabila anda pergi ke luar negara, anda lihat rumah-rumah ibadat terbuka kepada semua, tidak ada sekatan, tiada sensitiviti," katanya.

Walau bagaimanapun, kata Harith harapan masih ada.

Harith, yang akan berusia 50 tahun pada Ahad turut menyertai Anak-Anak Malaysia Walk bersama isterinya, Dr Jezamine Lim.

Beliau juga menyokong kempen #AnakAnakMalaysia yang diadakan tahun lepas.

Anak-Anak Malaysia Walk 2016 yang akan diadakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan akan bermula di Pusat Bandar Bukit Bintang pada 14 Ogos.

Peserta akan berjalan sejauh 3.4 kilometer bermula dari persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Pudu di tapak bekas Penjara Pudu.

#AnakAnakMalaysia Walk dianjurkan oleh Kumpulan Media Star dengan kerjasama EcoWorld.

Penaja lain untuk acara tersebut termasuk Proton, Panasonic Tenaga Nasional dan YES.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-7967 1388, sambungan 1432/1529/1243 dari Isnin hingga Jumaat antara pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Artikel Berikut

Artikel Lain