suria

Kanak-Kanak Lemas Mandi Di Kolam Air Panas Di Baling

BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilapor meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di pusat rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffuddin Yusof berkata Muhammad Ikram Akil Zamzani ditemukan orang ramai yang datang ke pusat rekreasi itu kira-kira 11 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri di salah sebuah kolam air panas berkenaan.

"Orang awam kemudiannya maklumkan kepada pihak pengurusan pusat itu dan pihak Hospital Baling datang ke tempat kejadian dan sahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Pihak polis turut terima panggilan kira-kira 1.45 pagi tadi daripada bapa mangsa yang memberitahu anaknya meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di kolam air panas berkenaan," katanya kepada Bernama.

Difahamkan mayat mangsa akan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Taman Bersatu, Kuala Nerang dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain