suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adnan Zaylani dilantik Penolong Gabenor BNM

Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Adnan akan bertanggungjawab untuk Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Jabatan Undang-Undang dan Pengurusan Mata Wang serta Operasi, kata BNM dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz, yang kini bertanggungjawab kepada Jabatan Ekonomi, Dasar Kewangan, Perkhidmatan Antarabangsa dan Statistik, berkuat kuasa 1 Ogos 2016.

"Adnan akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan," katanya.

Beliau menyertai BNM pada 1994 dan mempunyai 22 tahun pengalaman kerja dalam bidang operasi pelaburan serta pasaran kewangan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Lemah Di Ranau

Artikel Lain