suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis: Tiada Bom Dalam Beg Ditinggal Di Bangsar

Sebuah beg yang ditemui di laluan pejalan kaki di Bangsar.

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesahkan sebuah beg yang ditemui di laluan pejalan kaki di Bangsar di sini Rabu tidak mengandungi bom atau sebarang bahan letupan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis menerima laporan pada 12.40 tengah hari tadi daripada orang awam yang menjumpai beg itu di Jalan Telawi off Jalan Terasek 1. 

"Polis menghantar sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan mendapati beg itu berisi pakaian dan dipercayai ditinggalkan di situ," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyaksikan pelupusan barang kes polis bagi kegiatan perjudian dalam talian di Balai Polis Bukit Jalil di sini. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain