suria

Parti Baharu Hanya Wujudkan Perpecahan Rakyat - Azlan Man

Datuk Seri Azlan Man
KANGAR: Penubuhan parti politik baharu seperti diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata sememangnya Malaysia sebuah negara demokrasi yang tidak menghalang mana-mana kumpulan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri.

"Tetapi tindakan itu memberi kesan kepada kebersatuan seluruh rakyat," katanya kepada pemberita selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis ke-13 di sini hari ini.

Azlan mengulas hasrat bekas timbalan perdana menteri itu yang akan membuat permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti politik baharu dalam masa terdekat.

Beliau berkata penubuhan parti baharu itu tidak akan menjejaskan Umno yang masih utuh meneruskan matlamat perjuangan mereka untuk rakyat walaupun apa juga cabaran.

"Saya yakin rakyat yang berfikir, tidak akan terpedaya lagi dan dalam kalangan ahli Umno yang betul-betul berpegang kepada kesetiaan dan perjuangan, parti tidak akan goyah.

"Perjuangan Umno jelas dan berada pada landasan yang betul, adanya sebuah lagi parti baharu tidak bermakna apa-apa bagi Umno walaupun mungkin anggotanya terdiri daripada bekas ahli tertinggi Umno itu sendiri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain