suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cucu Hadapi Pertuduhan Bunuh Nenek

ALOR SETAR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh neneknya yang berusia 87 tahun, bulan lalu.

Mohd Aznan Abdul, 29, didakwa membunuh Aton Hamid antara jam 10 pagi hingga 11 pagi, di Kilometer 10, Jalan Seri, Gunung Keriang, Alor Setar, 16 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan 20 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Alor Setar, Bunuh

Artikel Lain