suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Negeri Sembilan Siasat 26 Kes Libatkan Penjawat Awam

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan terhadap 26 kes rasuah dan tuntutan palsu melibatkan penjawat awam bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Rohaizad Yaakob berkata daripada jumlah kes itu, empat kes telah dihadapkan ke mahkamah dengan satu kes telah didapati bersalah.

"Sebanyak 19 tangkapan telah dibuat iaitu enam orang awam manakala 13 lagi penjawat awam," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka SPRM Negeri Sembilan di sini Rabu.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Katanya pihaknya akan memastikan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kes itu dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini.

Rohaizad berkata SPRM negeri ketika ini giat menjalankan usaha pencegahan antaranya program key communicator melibatkan penuntut institusi perguruan.

"Dalam program key communicator ini terdapat dua institusi yang terlibat iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

"Mereka (penuntut) kita dekati dan berikan pendedahan mengenai rasuah supaya mereka dapat memberi pendedahan kepada anak murid mereka nanti sekaligus dapat mencegah gejala rasuah dari usia muda," katanya. - BERNAMA








SPRM, Negeri Sembilan, penjawat awam

Artikel Berikut

Artikel Lain