suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Lelaki Termasuk 'Datuk' Didakwa Terlibat Jenayah Terancang

JOHOR BARU: Lapan lelaki termasuk seorang 'datuk' dibawa ke mahkamah majistret di sini pada pagi Khamis kerana didakwa terbabit dalam jenayah terancang.

Tertuduh yang diketuai oleh Datuk K. Elumalai, 42, dan tujuh pengikutnya dituduh kerana didakwa menjalankan aktiviti jenayah terancang antara 18 Januari dan 19 Ogos 2015.

Lapan yang berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan Iskandar Malaysia dan didakwa mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan.

Tertuduh telah dibawa di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin.

Artikel Lain