suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas China Mati Dipercayai Lemas Di Pulau Payar

LANGKAWI: Mayat seorang lelaki warga China ditemui terapung di laut, dipercayai lemas berdekatan pantai Pulau Payar, kira-kira 40km ke selatan Langkawi, Ahad.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat Hong Leung, 74, ditemui dengan keadaan jaket keselamatan masih di badannya kira-kira pukul 12.30 tengah hari oleh pelancong lain di pulau kecil berkenaan.

Che Ghazali berkata mangsa sebelum itu telah bersama beberapa anggota keluarganya tiba di Pulau Payar kira-kira pukul 11.40 pagi untuk mandi di sana.

Menurutnya mayat Hong telah dibawa ke Jeti Kuah di sini menggunakan bot petang tadi, sebelum dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat dilakukan Isnin.
Pulau Payar, mati lemas, warga China

Artikel Berikut

RUU Hudud: PAS Sudah Sedia

Artikel Lain