suria

Pemuda PAS Bantah Konsert Selena Gomez

Salena Gomez, penyanyi pop Amerika Syarikat yang persembahannya di Malaysia pada 25 Julai ini dibantah oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia.

PETALING JAYA: Pemuda PAS membantah penganjuran konsert bintang pop antarabangsa, Selena Gomez yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Pengerusi Lajnah Dakwahnya, Hafez Sabri berkata, kemunculan artis kelahiran Amerika Syarikat yang sering berpakaian seksi itu akan mencemarkan kemuliaan Syawal yang sedang diraikan umat Islam.

"DPPM juga merakamkan rasa kesal dengan kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada pihak penganjur konsert ini. Kemunculan artis ini akan menghidupkan lagi budaya hedonisme di kalangan generasi muda di negara kita," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu Hafez menggesa tindakan proaktif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi menyekat kehadiran Gomez yang dianggap boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Kerajaan atau pihak berkuasa sepatutnya perlu lebih tegas dan cermat sebelum meluluskan sesuatu penganjuran konsert.

"Kerajaan digesa agar merujuk dan menguatkuasakan Garis Panduan Hiburan yang diterbitkan oleh Jakim dan diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam kelulusan sebarang penganjuran konsert," katanya.

Kehadiran Gomez buat pertama kali di Malaysia merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia "The Revival Tour" yang bermula di Amerika Syarikat, Mei lalu.

Selena Gomez, Pemuda PAS, Mais

Artikel Sebelum

Artikel Lain