suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusnah Kassim Terkejut Dengan Keputusan Ahmad Husni

Ahmad Husni Hanadzlah.

IPOH: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah merancang untuk meninggalkan semua jawatannya dalam politik tetapi keputusan beliau untuk berbuat demikian pada Isnin mengejutkan Datuk Rusnah Kassim.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu berkata beliau tidak menjangkakan Ahmad Husni akan meletak jawatan dari semua jawatannya serentak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang itu juga berkata Ahmad Husni turut bercakap dengannya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyatakan hasrat untuk melepaskan semua jawatan beliau.

"Namun beliau tidak mahu pergi begitu sahaja dan mahu penggantinya bersedia.

"Saya menghormatinya kerana beliau memenuhi kata-katanya. Beliau tidak pergi begitu sahaja tetapi memastikan jawatankuasanya diajar dengan baik. Saya hanya tidak mengharapkan ia berlaku dengan begitu cepat," kata Rusnah selepas menyerahkan sumbangan kepada wakil 68 rumah anak yatim Islam di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada Selasa.

Ahmad Husni meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan II dan semua jawatan dalam parti termasuk Bendahari Umno dan Barisan Nasional.

Menurut Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin berkata Ahmad Husni turut membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan beberapa jawatan lain dalam Umno Perak.

Artikel Lain