suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usaha Kerajaan Bantu Gelandangan Berterusan - KJ

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan membantu golongan gelandangan terutama di ibu negara tidak hanya tertumpu kepada bantuan kebajikan tetapi berterusan melalui pelbagai program pembangunan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sentiasa berusaha membantu golongan gelandangan menerusi pelbagai program dari segi pendidikan, kemahiran dan pembangunan modal insan.

"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengusahakan banyak program pembangunan untuk membantu golongan gelandangan dan kita perlu beri masa untuk mereka berubah," kata Khairy, yang juga Ketua Pemuda UMNO, kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata demikian pada program Cakna Gelandangan anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO di Chow Kit di sini.

Sebanyak 200 mahasiswa dari pelbagai universiti seluruh negara bersama turun padang menyumbangkan makanan dan keperluan kepada golongan gelandangan di kawasan tersebut.

Khairy Jamaluddin, Gelandangan

Artikel Lain