suria

Ahmad Bashah Tiada Penyakit - Isteri

Datin Hizam Awang Ahmad

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak menghidapi apa-apa penyakit, demikian menurut isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Ketika ditemui di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, Hizam berkata Ahmad Bashah juga sering membuat pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh setahun.

Menceritakan kembali apa yang berlaku pada Sabtu, Hizam berkata beliau menunggu suaminya di rumah untuk mengemas pakaian yang ingin di bawa ke Kuala Kangsar.

"Saya tunggu dan tunggu tetapi beliau tidak pulang ke rumah. Namun kemudiannya saya menerima panggilan yang memaklumkan beliau menerima rawatan di KMC.

"Apabila saya sampai hospital, beliau telah pun berada di ICU.

"Beliau sakit mungkin disebabkan terlalu letih dan makan yang tidak teratur," katanya, sambil menambah bahawa Ahmad Bashah kini dalam keadaan stabil.

"Saya percaya beliau tidak akan dibenarkan pulang ke rumah hari ini kerana dia perlu menjalani beberapa ujian," katanya lagi.

Artikel Lain