suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramadan: Peniaga Dinasihat Tidak Jual Makanan Awal

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menasihatkan peniaga restoran dan penjaja supaya tidak menjual makanan awal pada bulan Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, ia bagi mengelak umat Islam mudah mendapat makanan dan tidak menghormati bulan Ramadan dengan makan dan minum di khalayak ramai sekiranya tidak berpuasa.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata Jawi akan mengadakan operasi bersepadu bersama polis dan agensi berkaitan untuk menangkap umat Islam yang makan, minum serta merokok di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan.

Wan Jaapar berkata individu yang ditangkap kerana makan, minum dan merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan ditangkap dan disiasat mengikut seksyen 15a dan b Kesalahan Jenayah Syariah, Wilayah Persekutuan, 1997.

Beliau berkata 25 orang Islam ditangkap di sekitar ibu negara tahun lepas kerana makan dan minum secara terbuka selain merokok di khalayak ramai, berbanding 12 tangkapan pada 2014.-- Bernama



Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad, Ramadan

Artikel Lain