suria

'Pakatan Tak Ada Harapan' - Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed.

SHAH ALAM: Parti pembangkang harus melupakan cita-cita untuk membentuk kerajaan Persekutuan kerana mereka tidak boleh bertentang mata antara satu sama lain di Selangor, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata perselisihan sesama mereka diburukkan lagi dengan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa rasuah dalam pentadbiran negeri Selangor jelas menunjukkan "Pakatan adalah pakatan tak ada harapan".

"Sebelum ini, mereka adalah Pakatan Rakyat, kini mereka adalah Pakatan Harapan. Tidak lama lagi mereka akan jadi pakatan tak ada harapan atau pakatan tak boleh harap.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan PAS. PKR pada dasarnya keluarga (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) terhadap yang lain. Mereka tidak boleh bersama, jadi bagaimana mereka pakat (membantu pakatan)?.

"Mereka tidak boleh bekerjasama dalam kerajaan negeri Selangor. Lupakan mengenai hasrat untuk membentuk kerajaan di peringkat kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-24 Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia di sini Selasa.

Nur Jazlan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) akan mengambil kesempatan daripada perpecahan di kalangan parti pembangkang untuk mengukuhkan BN.

Ditanya sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dibentangkan PAS di Dewan Rakyat baru-baru ini boleh menghalang usaha BN untuk lebih kukuh, Nur Jazlan berkata daya kepekaan akan mengatasi segalanya.

"RUU itu hanya cadangan, bukan satu ketetapan. Ia perlu diundi dan terdapat banyak salah faham.

"Akan timbul banyak perbahasan mulai sekarang. Tapi saya fikir daya kepekaan akan mengatasi segalanya.

"Ahli Parlimen akan membuat keputusan terbaik demi kepentingan negara," katanya.

Artikel Lain