suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejayaan Pelajar Adalah Kejayaan Guru - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Kejayaan yang dinikmati banyak pihak kini  adalah hasil titik peluh para guru yang amat berdedikasi dalam mengutamakan kejayaan pelajar mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengimbau kenangan semasa beliau menjadi seorang pelajar, Perdana Menteri berkata guru-guru sentiasa amat tegas, namun ketegasan mereka penuh dengan kasih sayang dalam membentuk sahsiah pelajar.

"Kejayaan pelajar adalah kejayaan mereka, dan kini ramai golongan berjaya adalah hasil titik peluh guru-guru yang amat berdedikasi dan sentiasa meletakkan pembelajaran dan perkembangan pelajar sebagai yang paling utama.

"Sempena Hari Guru hari ini, sama ada kita telah berpuluh tahun meninggalkan perkarangan sekolah ataupun masih menelaah dalam bilik darjah, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik ini. 

"Terima kasih cikgu, dan selamat Hari Guru!," katanya dalam catatan di laman Facebook, Isnin.

Sambutan Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun.


Artikel Lain