suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Jelebu Akan Jalani Pembedahan di HKL

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail yang dilaporkan tidak sedarkan diri sejak tengah hari Jumaat akan menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata selepas menjalankan ujian pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor mendapati pembedahan segera harus dijalankan ke atas Zainuddin.

"Saya difahamkan oleh doktor, kemungkinan terdapat ketumbuhan di bahagian otak dan beliau masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pihak hospital akan menjalankan pembedahan pada bila-bila masa sahaja.

"Kebelakangan ini beliau memang nampak tidak sihat. Saya ingat mungkin hanya disebabkan tekanan kerjanya sebagai wakil rakyat," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

Jalaluddin meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan Zainuddin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, Zainuddin dikejarkan ke Hospital Jelebu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya tengah hari tadi sebelum dihantar ke HKL untuk menjalani rawatan lanjut.

Datuk Zainuddin Ismail

Artikel Lain