suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 Hari MB: Ahmad Bashah Pastikan Pembangunan Di Kedah Diteruskan

PENDANG: Genap 100 hari pentadbiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, beliau mahu memastikan segala bentuk pembangunan di negeri itu diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Ahmad Bashah yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu pada 4 Februari lalu berkata kerajaan negeri memberi tumpuan untuk memastikan pembangunan di Kedah yang melibatkan semua bidang berjalan lancar dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan.

"Pembangunan melibatkan pelbagai aspek seperti pendidikan, pelancongan dan ekonomi, jadi kita ingin pastikan semua perancangan yang sedia ada disusun dengan rapi bagi memastikan ia dapat dilaksanakan.

"Semua janji yang telah diberikan akan ditunaikan termasuklah Projek Bandar Raya Getah di Padang Terap yang dijangka akan disiapkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Bashah merasmikan Projek Perumahan Taman Berjaya dan sumbangan amal kepada 100 pelajar sekolah di sekitar Pendang.

Beliau berkata perancangan pembangunan itu perlu diteruskan kerana kelewatan dalam projek pembangunan boleh menyebabkan Kedah ketinggalan dengan negeri-negeri lain. 

"Saya bimbang Kedah akan tertinggal di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negeri lain jadi saya ingin mengajak rakyat untuk bersama-sama dalam membangun dan menentukan kejayaan negeri," katanya.

Tambahnya, tempoh 100 hari itu bukan penentu kejayaannya dalam mentadbir Kedah dan dia berharap rakyat dapat memberi ruang untuknya terus memajukan negeri dalam tempoh berbakikan dua tahun sebelum PRU14.-- Bernama 


Artikel Berikut

Artikel Lain