suria

Nahas Helikopter: PRK Parlimen Sungai Besar Perlu Diadakan

Datuk Noriah Kasnon

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar perlu diadakan kerana masih berbaki lebih dua tahun sebelum mandat lima tahun Parlimen berakhir.

Ini kerana semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013.

Dalam tempoh tiga tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh pengosongan jawatan dibuat.

"Jadi, SPR yang akan memutuskan jika terdapat kekosongan.

"Mereka akan bertindak selepas mendapat makluman dari Speaker Dewan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun, Dr Shad berkata jika kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun daripada tarikh Parlimen dibubarkan, maka kekosongan itu tidak perlu diisi.

"Masih ada 48 hari lagi untuk tempoh pengecualian dibuat, " jelasnya.

Ahli Perlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terbunuh selepas terlibat dalam mahas helikopter di Sarawak pada Khamis.

Mayat mangsa yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditemui pada pagi Jumaat sebelum dikebumikan pada awal pagi Sabtu di Sungai Besar.

Sungai Besar, Parlimen

Artikel Lain