suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operasi SAR Digerakkan Ke Kawasan Helikopter Hilang - Najib

Najib Tun Razak.

KUCHING: Misi mencari dan menyelamat terhadap helikopter yang hilang di Sarawak telah digerakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam akaun Twitternya, Najib menyatakan rasa bimbang terhadap berita kehilangan helikopter itu.

"Amat bimbang mengenai laporan helikopter hilang antara Betong dan Kuching. (Misi) mencari dan menyelamat digerakkan. Marilah kita doakan akan keselamatan mereka (di dalam helikopter)," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan bahawa sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong menuju ibu negeri Sarawak telah hilang.

"Helikopter itu berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching dalam pukul 5 petang," katanya mengenai pesawat Eurocopter AS350 itu. - BERNAMA

Artikel Lain