suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Nafi Helikopter Selamat Mendarat

KUCHING: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad menafikan khabar angin bahawa helikopter yang dilaporkan hilang telah selamat melakukan pendaratan kecemasan.

"Buat masa ini ia (helikopter) diklasifikasikan hilang kerana masih tidak dapat dikesan.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat pastinya tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai helikopter itu melakukan pendaratan kecemasan," katanya.

Hisham berkata helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi iaitu Maludam, Sebuyau dan Lingga yang masing-masing terletak antara Betong, Samarahan dan Sri Aman.

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.


SAR, helikopter hilang

Artikel Lain