suria

Hishammuddin Arah TUDM, ATM Jalankan Operasi SAR

Hishammuddin Tun Hussein.

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama helikopter yang hilang di Sarawak.

"Saya telah arah @airforcenextgen & @TenteraDarat bersama-sama dalam operasi mencari & menyelamat (SAR) helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

"Saya sekeluarga doakn penumpang & krew sebuah helikopter yg dilaporkan hilang di Sarawak berada dlm keadaan selamat & dipelihara Allah SWT," tulisnya di laman Twitter, malam Khamis.

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

Artikel Lain