Pasar Serikin Sesak Gara-Gara Pelancong Pilihan Raya - Semasa | mStar

Pasar Serikin Sesak Gara-Gara Pelancong Pilihan Raya

KUNJUNGAN ke Sarawak rasanya kurang lengkap jika tidak menjengah ke Pasar Serikin yang mendapat jolokan syurga beli belah kerana disitu pelbagai barangan dijual pada harga murah.

Bertapak di daerah Bau, kira-kira 50 kilometer dari bandar Kuching, Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari semenanjung dan negara asing.

Malahan, tahap popularitinya menyebabkan ada yang menganggap rugi jika tidak ke situ kalau berada di Bumi Kenyalang.

Sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung 7 Mei ini, Pasar Serikin menerima kunjungan tetamu yang agak luar biasa.

Kami sendiri terperangkap dalam kesesakan sepanjang empat kilometer selama lebih sejam untuk sampai ke pasar yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia itu.

Semuanya gara-gara tumpuan pelancong pilihan raya.

Seorang peniaga tempatan Vincent Ngulok ketika ditemui berkata, sejak dua minggu lalu pasar itu menerima kehadiran pelancong dari semenanjung dalam jumlah yang ramai.

“Kebanyakan mereka datang secara berkumpulan. Setiap minggu memang ramai yang datang ke sini.

“Tapi kali ini jumlahnya berbeza. Jalan masuk sesak. Kawasan parkir juga tidak cukup,” katanya.

Jadi tidak hairanlah apabila orang ramai memilih untuk bertandang ke Pasar Serikin yang dibuka hanya pada hujung minggu seawal pukul 7 pagi bagi mengelak terkandas dalam kesesakan.

Kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada hampir 80 peratus rakyat Indonesia.

Antara barangan popular yang dijual di sini ialah kain pua kumbu Sarawak, batik sarung, tikar Sarawak, barangan kulit, pakaian, tilam kekabu dan dan buah-buahan.

Pasar Serikin , Bau , Vincent Ngulok

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 polis cedera helikopter terhempas