suria

Sembang Kedai Kopi Di Sarikei 'Pekan DAP'

SARIKEI: 'Thien Thien Cafe' di pekan Sarikei dikenali sebagai 'Kopitiam DAP'.

Di situlah tempat di mana ceramah DAP diadakan dan menjadi tempat beberapa penyokong tegar DAP, melepak, bersembang politik tak kira siang dan malam.

Topik hangat yang menjadi perbualan mereka akhir-akhir ini adalah kisah calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Repok, salah satu daripada dua kerusi negeri di Parlimen Sarikei.

Calonnya, Datuk Seri Huang Tiong Sii, telah menjadi buah mulut di pekan itu kerana beberapa sebab.

Bergelar jutawan, kekayaan yang dimilikinya datang dari konsesi pembalakan di Papua New Guinea dan dikatakan bernilai lebih dari RM300 juta.

Beliau adalah seorang lelaki bertubuh gempal dan bertenaga.

Beliau mula berada di sekitar Repok sejak Tahun Baru Cina dan pusat operasinya yang dikelilingi oleh bendera dan terletak di pinggir bandar, dilihat seperti satu kumpulan ala-tentera.

Poster, bendera dan kelengkapan kempen lain telah disusun kemas, hanya bersedia menunggu masa untuk berkempen.

Jutawan balak adalah 'agak biasa' di bahagian-bahagian di sini tetapi Huang menonjol kerana caranya yang bersistematik dalam membuat persediaan kempen.

Lawan Huang adalah dari DAP, yang merupakan seorang peguam wanita muda, Yong Siew Wei. Yong, yang berusia 20-an, bekerja di sebuah firma undang-undang di Kuching yang dikendalikan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chien Jen.

Malah, bapa Yong yang sudah berusia juga berada di kopitiam DAP pada hari kami berada di sana dan tidak ada satu perkara yang baik pun diperkatakannya tentang Huang.

DAP menang kerusi Repok buat kali pertama dalam pilihan raya negeri 2011 tetapi calonnya mengalami strok sejurus selepas itu dan tidak dapat menjalankan tugas-tugas sepenuhnya.

DAP berada di bawah tekanan hebat untuk mempertahankan Repok kerana ia mempunyai nilai sentimental kepada bapa pengasas parti itu, Chong Siew Chiang, yang juga bapa Chien Jen.

Artikel Berikut

Ayah Pin Meninggal Dunia

Artikel Lain