suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Lagi Ditahan Insiden Pukul Dua Pelajar Sekolah

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam orang lagi suspek pada Jumaat untuk membantu siasatan insiden dua pelajar sekolah menengah dipukul oleh sekumpulan pelajar di Jalan Wangsa Siaga, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata hari ini, keenam-enam suspek berumur 14 hingga 17 tahun ditahan di Gombak dan Ampang dekat sini.  

"Polis mahu saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan, " kata beliau kepada pemberita di sini, Sabtu.

Penangkapan enam suspek menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat kini ialah 18 orang.  Pada Khamis, 12 suspek berumur 14 dan 18 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Dalam insiden itu yang berlaku pada 2.45 petang, kedua-dua mangsa dibelasah menggunakan kayu, topi keledar dan besi apabila motosikal yang mereka naiki terjatuh apabila sekumpulan orang mengejar mereka.

Kedua-dua pelajar yang cedera dihantar ke Hospital Ampang. 

Mohd Roy berkata siasatan awal mendapati bahawa insiden itu berpunca daripada pergaduhan membabitkan dua kumpulan.-Bernama

pelajar bergaduh

Artikel Lain