suria

Hudud: PAS Nafi 'Selisih' Dengan Ikatan

Nasrudin Hassan Tantawi
PETALING JAYA: PAS membidas pihak yang cuba menimbulkan perselisihan antara parti itu dan sekutu barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dengan membangkitkan isu hudud.

Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan Tantawi berkata, isu hudud, yang dibangkitkan oleh pemberita pada sidang akhbar Rabu, tidak akan merosakkan kerjasama itu.


"Ia adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab, tidak matang dan tidak bijak. Isu hudud ini telah digunakan terhadap kami selama beberapa dekad, tidak membawa sebarang kerosakan terhadap reputasi kami dan menyebabkan perselisihan di antara PAS dan Ikatan.

"Kami ingin mengingatkan semua orang, terutama panglima perang di belakang media tertentu, untuk tidak menyebarkan fitnah dengan mencadangkan bahawa kami telah meninggalkan prinsip kami," kata Nasrudin dalam satu kenyataan.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata,  Ikatan yang terdiri daripada pelbagai kaum telah menyatakan bahawa mereka tidak akan menolak mana-mana undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh PAS, walaupun kedua-dua parti mempunyai ideologi berbeza.

Pada Rabu, PAS dan Ikatan berkata mereka akan bekerjasama untuk 'menasihati' kerajaan sebagai pembangkang.

Di KOTA BAHARU, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata kerjasama PAS dengan parti politik 'nyamuk'  mungkin tidak tidak berhasil.

Dr Kamarul Zaman berkata langkah itu mengingatkan kerjasama politik yang dibentuk oleh PAS dengan PSRM, Nasma dan SDP pada pilihan raya umum 1986, apabila mereka membentuk satu blok pembangkang yang dikenali sebagai Harakah Keadilan Rakyat (HAK).

Beliau berkata HAK, tanpa penyertaan DAP, kalah teruk dengan hanya seorang daripada 125 calon memenangi kerusi, manakala DAP memenangi 24 kerusi.

"Apa yang lebih mengecewakan apabila 21 calon PAS, 15 SDP dan tiga calon Nasma hilang wang pertaruhan," katanya.

Artikel Lain