suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Empat Remaja Maut Dalam Kereta Selamat Dikebumikan

Keluarga menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarham Nik Shakir Zufayri Nik Arif yang selamat dikebumikan bersama Allahyarham Luqman Jainie, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Isa di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada Rabu malam. -fotoBERNAMA

JOHOR BARU: Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, pagi tadi selamat dikebumikan, di sini pada Rabu malam.

Jenazah Luqman Jainie,Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, manakala Abu Izzani Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.

Majlis pengebumian di kedua-dua tanah perkuburan terbabit selesai kira-kira 11.30 malam.

Terdahulu, kesemua empat jenazah yang dibawa dengan van, tiba di Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, pada 10 malam dari Hospital Mersing untuk disembahyangkan.

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah dalam suasana hiba bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Sebelum ini, empat remaja yang kesemuanya berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang Rabu lepas (10 Februari) ketika dalam perjalanan dari sini ke Terengganu untuk bercuti.

Mengikut laporan yang diterima polis daripada keluarga, kesemua mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, kira-kira 9.30 malam lepas dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord.

Selepas dua jam bertolak kira-kira 11.30 malam, mereka gagal dihubungi oleh keluarga menerusi telefon bimbit masing-masing.

Namun, misteri kehilangan mereka terjawab selepas kereta tersebut bersama mayat ditemui pada pagi Rabu.

Artikel Berikut

Doktor Parlimen Hilang

Artikel Lain