Mahkamah Persekutuan Putuskan Hak Penjagaan Anak Dibahagi - Semasa | mStar

Mahkamah Persekutuan Putuskan Hak Penjagaan Anak Dibahagi

Izwan Abdullah (biru) bersama anak lelakinya.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membahagikan hak penjagaan dua orang anak antara seorang ibu beragama Hindu dan bekas suaminya, seorang mualaf selepas mendapati kedua-dua kanak-kanak tersebut yakin dengan pilihan penjaga mereka untuk tinggal.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, dalam penghakiman nyasetebal 32 muka surat yang dikeluarkan pada Isnin, berkata panel lima hakim mendapati bahawa kedua-dua kanak-kanak itu, seorang lelaki berusia lapan tahun dan kakaknya berusia 11 tahun cukup mampu untuk menyatakan pendapat secara bebas dan untuk memutuskan pilihan sama ada untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka.

Rabu lepas, Mahkamah Persekutuan yang disidangi oleh lima orang hakim memberi hak penjagaan anak lelaki kepada Izwan Abdullah, 33, sementara hak penjagaan anak perempuan diberikan kepada ibunya S. Deepa, 32.

Hakim Raus berkata kuorum mengambil kesempatan untuk menemubual kedua-pduakanak-kanak itu dalam kamar untuk menentukan dengan siapa mereka mahu tinggal.

Hakim Raus berkata budak lelaki yang memperkenalkan dirinya dengan nama Islam, memberitahu para hakim dengan jelas bahawa dia cukup gembira tinggal bersama bapanya Izwan Abdullah dan juga berkata bahawa dia tidak mahu tinggal dengan ibunya.

Beliau berkata, kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu hakim-hakim tanpa keraguan bahawa dia lebih suka untuk tinggal dengan ibunya.

"Dia juga memaklumkan kepada kami bahawa dia sekarang tinggal dengan ibunya di Johor Bahru dan sekarang menuntut di sebuah sekolah antarabangsa di sana. Beliau berkata dia sangat gembira untuk bersama ibunya dan tidak mahu tinggal bersama bapanya," kata Hakim Raus.

Beliau berkata berdasarkan temubual, mahkamah mendapati bahawa kedua-dua kanak-kanak itu yakin mengenai pilihan mereka dan bahawa mereka menetap dengan selesa dan masing-masing dijaga dengan baik.

"Kami berpendapat bahawa dengan mengambil kira kebajikan kanak-kanak itusebagai perkara paling penting, bahawa adalah tidak wajar untuk mengganggu kedudukan sekarang," kata beliau.

Beliau berkata dalam situasi itu, mahkamah perlu mengubah perintah penjagaan dengan mengeluarkan perintah bahawa anak perempuan kekal dengan ibu dan anak lelaki tinggal bersama bapa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain