suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ku Nan Selar Kumpulan Pendesak GKCM

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar sekumpulan ketua-ketua cawangan yang merancang untuk membawa usul terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kumpulan itu yang menggelar diri sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) tidak akan berjaya kerana rancangan mereka bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Saya tidak tahu apa yang mereka cakap. Saya adalah setiausha agung dan saya tahu apa yang saya lakukan adalah betul.

"Kita tahu bahawa di setiap bahagian, ada yang menentang kepimpinan di  bahagian itu. Dua puluh peratus, 15 peratus atau maksimum 30 peratus," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Tengku Adnan berkata rancangan kumpulan itu termasuk untuk membawa usul supaya pemilihan parti didakan segera juga tidak akan berjaya jika mereka mengikut peraturan.

"Ketua cawangan tak boleh buat keputusan. Mereka perlu mendapatkan persetujuan dua pertiga daripada anggota.

"Jadi saya mencadangkan mereka membaca perlembagaan," katanya.

GKCM mengesahkan pihaknya kini dalam proses melobi supaya semua ketua Umno cawangan mengemukakan usul mendesak Najib berundur daripada jawatannya sekarang dan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin.

Langkah tersebut diambil bagi menyahut cabaran Tengku Adnan sendiri supaya ahli akar umbi mengemukakan usul tersebut sekiranya hilang keyakinan terhadap Najib.

Artikel Lain