suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Plus Perlahan, LPT Lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dilaporkan perlahan pada Khamis malam, berikutan peningkatan kenderaan di lebuh raya berkenaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama,  aliran trafik pada 8 malam ini, dilaporkan sesak di beberapa kawasan dari Seberang Jaya ke Juru, Terowong Menora menuju ke Jelapang, Tapah ke Bidor dan  Sungai Buaya ke Rawang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata hanya kawasan sebelum Tol Gombak, pergerakan trafik dilaporkan perlahan manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan 2 (LPT 2), lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Plus, LPT

Artikel Sebelum

Artikel Lain