suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Ditahan Berhubung Serangan Samurai Di Batu Caves

Mohd Adnan Abdullah.

SUBANG JAYA: Polis menahan 13 lelaki dalam satu serbuan di sekitar Batu Caves berhubung serangan samurai yang menyebabkan dua lelaki cedera parah dikelar di bahagian tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki tersebut berusia 21 hingga 44 tahun ditahan kira-kira 7 malam Khamis.

Tangkapan dilakukan hanya beberapa jam selepas suspek didakwa menyerang hendap dua lelaki di sebuah rumah kedai di Taman Samudra, Batu Caves.

Salah seorang daripada mereka didakwa menggunakan pedang samurai untuk mengelar tangan mangsa.

Mangsa berusia 23 dan 33 tahun itu kemudiannya berlari ke sebuah klinik pada pukul 3.30 pagi Khamis untuk mendapatkan rawatan.

Salah seorang mangsa tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang manakala seorang lagi dirawat di wad kecemasan.

"Kami masih tidak tahu apa motif serangan tersebut. Kami juga tidak menemui sebarang senjata yang mungkin digunakan dalam kes ketika serbuan," kata Mohd Adnan.

Beliau berkata suspek akan direman dan disiasat kerana melakukan serangan.

serangan samurai, Batu Caves

Artikel Sebelum

Artikel Lain