Perbicaraan 'Gadis Belon' Ditangguh 24 Februari Ini - Semasa | mStar

Perbicaraan 'Gadis Belon' Ditangguh 24 Februari Ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis menangguhkan kepada 24 Februari perbicaraan kes 'gadis belon', Bilqis Hijjas yang didakwa berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri, Ogos tahun lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan itu kepada tarikh lain kerana pengadu dalam kes itu, Irmalinda Zaimardy, 26, polis bantuan yang bertugas di tempat kejadian tidak dapat hadir pada Khamis.

"Sebanyak lima saksi hadir pada hari ini (Khamis) namun pengadu tidak dapat hadir kerana menguruskan hal perkahwinannya yang akan berlangsung minggu ini," katanya.

Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Bilqis, 37, kemudiannya memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh kerana tidak mahu kes itu berlanjutan sehingga membazirkan masa mahkamah.

"Pohon DNAA. Pihak pendakwa raya sepatutnya telah mempunyai masa untuk memanggil pengadu, ini tidak adil kerana pertuduhan akan menganggu anak guam saya," hujahnya.

"Ada saksi-saksi lain yang hadir untuk jalankan bicara (hari ini), tidak ada masa yang akan dibazirkan tetapi jika pihak pembelaan mahu pengadu menjadi saksi pertama, mohon mahkamah menangguhkan perbicaraan pada satu tarikh lain," kata Joy Jothi.

"Setelah mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, menimbang faktor dalam kes ini, penangguhan dibenarkan atas alasan pengadu tidak hadir untuk perbicaraan," kata Majistret Muhamad Faizal yang kemudiannya menetapkan 24 Februari untuk perbicaraan kes itu.

Pada 23 September tahun lepas, penari yang juga anak perempuan kepada arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, pada pukul 3.15 petang, 31 Ogos tahun lepas.

Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos lalu, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli-belah itu sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.

Belon yang dilepaskan itu antaranya tertulis perkataan 'Democracy', 'Justice', 'Corruption' dan 'Free Media'. - BERNAMA

gadis belon , Bilqis Hijjas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain