suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KSU KKMM Bertemu Akauntan Negara

Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad hari ini mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara Datuk Che Pee Samsudin di sini, Isnin.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit di pejabat ketua setiausaha kementerian itu antara lain menyentuh mengenai permasalahan di peringkat akar umbi KKMM dan mendapatkan maklum balas.

Che Pee juga berpeluang berjumpa dengan kira-kira 70 pegawai akauntan kementerian.

Sharifah Zarah yang ditemui kemudian, menyifatkan pertemuan hari ini menunjukkan Che Pee seorang pemimpin yang menginsankan perkhidmatan awam kerana turun padang dan berjumpa para pegawainya.

"Saya sangat gembira. Ini adalah sikap positif dan satu contoh terbaik apabila seorang pegawai tertinggi dan juga pemimpin turun padang," katanya.

KKMM, Akauntan Negara

Artikel Lain