suria

Dua Pemandu Lori Maut Kemalangan

IPOH: Dua pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Kilometer 78 Jalan Sitiawan-Taiping, kira-kira 80 kilometer dari sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi ialah S. Bala, 34, berasal dari Batu 5, Segari dan Ng Chiang Soon, 37, dari Pekan Gurney, Sitiawan.

Kedua-dua mangsa yang cedera parah di badan serta kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata kejadian berlaku apabila lori yang dipandu Ng dalam perjalanan dari Sitiawan ke Taiping dikatakan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang dipandu Bala.

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tersepit dan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, katanya.

Lori, Taiping

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain