suria

Agong Zahir Ucapan Takziah Atas Kemangkatan Tunku Abdul Jalil

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (duduk bersebelahan) keranda jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dalam pedati yang ditarik oleh Askar Timbalan Setia Johor bergerak menuju Makam Diraja Mahmoodiah dari Istana Besar, Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Ahad menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan Istana Negara di sini, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser, dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baharu petang Ahad. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain