suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Tiga Tingkat Musnah Terbakar

KUALA LUMPUR: Satu blok tiga tingkat Sekolah Kebangsaan Taman Samudera musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.54 pagi Rabu.

"Kami tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian dengan tiga jentera, sebuah tangki air dan 22 anggota bomba.

"Api berjaya dikawal kira-kira pukul 12.23 tengah hari," katanya sambil menambah bahawa tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran itu.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat.

"Tingkat atas blok sekolah itu musnah sama sekali," katanya.

Artikel Lain