suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rugi RM2.3 Juta 19 Rumah Kedai Terbakar

KUANTAN: Sembilan belas rumah kedai di Pekan Damak, Jerantut dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Jumaat, melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM2.3 juta.

Pemangku Ketua Balai Bomba Jerantut, Pegawai Bomba Kanan II, Osman Malek berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semua 28 penghuni premis itu berjaya menyelamatkan diri semasa api mulai marak pada 3.10 pagi.

"Berdasarkan maklumat saksi, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian atas kedai, yang terletak di bahagian tengah deretan bangunan yang disewakan sebagai asrama pekerja asing, sebelum merebak ke kiri dan kanan," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Antara premis yang terbabit dalam kebakaran itu ialah restoran, bengkel motosikal, kedai runcit, pasar raya mini dan kedai telefon bimbit, tambahnya.

Osman berkata 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut dan sebuah dari Jengka, dengan dibantu lapan bomba sukarelawan Damak, berjaya mengawal api dalam tempoh 40 minit.

"Api dipadamkan sepenuhnya pada 8.30 pagi ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.-- Bernama 


Damak, Osman Malek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain