suria

Ugut Demo: Polis Akan Tahan Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR: Polis akan menahan Datuk Jamal Md Yunos kerana mengancam untuk mengadakan satu lagu tunjuk perasaan di Petaling Street Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan "pastikan" tindakan diambil terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, termasuk menangkapnya jika beliau didapati bersalah kerana menghasut bagi mencetuskan huru-hara.

"Jika Jamal membuat kenyataan mengancam dan jika beliau didapati bersalah menghasut bagi melakukan rusuhan, kami akan ambil tindakan. Kami akan panggil beliau dalam masa terdekat," katanya.

Noor Rashid berkata, buat masa ini polis akan menyiasat Jamal kerana merusuh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Beliau menjelaskan bahawa pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah sebagai langkah pencegahan.

"Kami mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan untuk mengelakkan apa-apa jenayah, termasuk merusuh," katanya.

Menurut Noor Rashid, polis akan menempatkan anggotanya di Petaling Street pada ini Sabtu ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada Rabu, Jamal memberi amaran "kekecohan lain" akan berlaku di Petaling Street jika tuntutan oleh penunjuk perasaan 'baju merah' tidak dipenuhi.

Antara tuntutan kumpulan itu adalah supaya Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak terhadap dakwaan penjualan barangan tiruan di Petaling Street, peniaga berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan berhenti memonopoli di kawasan itu.

Jamal Md Yunos, Baju Merah

Artikel Berikut

Artikel Lain