suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan

Datuk Takiyuddin Hassan
PETALING JAYA: PAS memutuskan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang baru dibentuk oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Selasa.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata parti  itu hanya akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

“PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri. Walaubagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa malam.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan sebagai platform baru gabungan politik parti pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berharap PAS akan turut serta dalam pakatan baru itu.

Kenyataan terbaru setiausaha agung PAS itu bagaimanapun dengan sendirinya menjawab undangan yang dibuat oleh Wan Azizah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain