suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunyi Letupan Selamatkan Suami Isteri Daripada Kebakaran

KUALA LUMPUR: Bunyi letupan dari luar rumah mereka telah menyelamatkan sepasang suami isteri daripada menjadi mangsa kebakaran yang melibatkan lapan buah bengkel di Jalan Antai Kanan 4, Kepong Baru di sini.

Pemilik kedai membuat kimpalan pagar, P. Thanagopal, 45, berkata beliau  hanya menyedari mengenai kebakaran itu apabila terdengar bunyi letupan seakan mercun dari luar rumahnya kira-kira pukul 5.45 pagi tadi.

"Saya terkejut dengar bunyi letupan itu dan segera keluar rumah lalu melihat api yang sedang marak pada zink sebuah bengkel kereta," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Thanagopal yang menetap di kawasan itu sejak 15 tahun lepas berkata beliau  dan isterinya lalu segera menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barangan mereka kecuali motosikalnya.

"Apa lagi mahu buat, benda sudah jadi, yang penting keluarga saya selamat," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Noor Azhar Tajudin berkata lapan buah kereta dan dua motosikal hangus dalam kebakaran itu.

"Bomba terpaksa menggunakan paip sambungan untuk mendapatkan air di sungai yang agak jauh dari tempat kejadian," katanya.

Punca kebakaran masih disiasat.

Kepong, Polis, Bomba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain