suria

Penganjur Bersih 4.0 Bakal Sediakan Penyata Kewangan

Maria Chin Abdullah.

PETALING JAYA: Penganjur Bersih 4.0 akan menyediakan penyata kewangan mereka dalam sebulan.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan menyediakan akaun bagi pendapatan dan perbelanjaan berkaitan dengan perhimpunan itu, selama sebulan dari Ogos sehingga September.

"Kita juga akan membuat audit bagi akaun berkenaan dan ia akan mengambil masa tetapi kita berharap ia dapat dilakukan secepat mungkin," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa penganjur Bersih 4.0 hanya mengamalkan 'double standard' mengenai dana politik.

Najib berkata, ini kerana gabungan bagi pilihan raya bersih dan adil itu enggan untuk mendedahkan sumber dananya tetapi memberi tekanan kepada orang lain untuk berbuat demikian.

"Mereka kumpul wang, tetapi bila ditanya untuk dedahkan sumber sumbangan yang diperolehi, mereka enggan untuk melakukannya.

"Tetapi bila ia berlaku kepada kita, mereka tanya macam-macam. Kita tidak boleh ada 'double standard'," katanya dilaporkan sebagai berkata pada Rabu.

Maria berkata, Najib sepatutnya lebih memberikan perhatian terhadap agenda pembaharuan demokrasi.

"Kita mengatakan bahawa sistem politik kita mempunyai asas yang gagal dan beliau masih tidak menunjukkan sebarang kepimpinan untuk mengendalikan pembaharuan itu. Sekarang ada sesuatu yang tidak kena dan tidak boleh diterima," katanya.

Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain