suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Baling Suar: Polis Buru 14 'Ultras Malaya'

Salah seorang lelaki yang dikehendaki polis.

SHAH ALAM: Polis kini memburu 14 orang yang dikaitkan dengan kekecohan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam Selasa lalu.

Polis turut mengedarkan gambar 12 daripada 14 orang yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, dua lagi lelaki, dipercayai merupakan pemimpin kepada Ultras Selangor dikatakan sebagai dalang insiden tersebut dikehendaki untuk disoal siasat.

"Nama mereka ialah Tok Anjang dan Shab. Jadi, kesemua mereka dan mereka di dalam gambar diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk merakamkan keterangan mereka," katanya.

Sebanyak 12 gambar lelaki diedarkan kepada media yang menunjukkan mereka memegang suar atau menghasut orang ramai.

Satu kumpulan yang dikenali sebagai Ultras Malaysia bertindak di luar kawalan beberapa minit sejurus sebelum permainan tamat dan membaling suar dan mercun ke padang.

Sebelum perlawanan dihentikan, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.

Artikel Lain