suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang Rumah Lemas Terjatuh Ke Dalam Parit Di Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang tukang rumah ditemui lemas di dalam parit di Jalan Kilang Tebu, dekat sini dipercayai tergelincir semasa sedang mengail ikan.

Mangsa, Charon A/L Chai, 52, sebelum itu dikatakan sedang mengail ikan di belakang rumah anggota keluarganya sebelum tergelincir akibat serangan sawan dan mayatnya ditemui orang awam pukul 1.15 tengah hari, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.22 tengah hari memaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.

"Sampai di tempat kejadian kita dapati seorang lelaki berada dalam keadaan tertiarap di dalam parit yang cetek dan apabila diperiksa mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalan kenyataan, Khamis.

Anggota keluarga mangsa memaklumkan beliau menghidap penyakit sawan dan penyakit itu sering berulang," katanya dan menambah mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.-- Bernama


Artikel Lain