suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Vietnam Maut Ditikam Rakan

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga Vietnam maut ditikam dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan rakan senegaranya yang mabuk di sebuah rumah di Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini, Sabtu malam.

Jurucakap polis berkata mangsa Ngu Yen Huu Giap,25, pekerja sebuah kilang di Jalan Jelawat di sini ditikam di dada kiri meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Katanya dalam kejadian pada pukul 11.50 malam itu, ,mangsa bersama sekumpulan rakan senegaranya yang tinggal di rumah berkenaan telah minum minuman keras sebelum mereka mabuk sehingga berlaku pergaduhan menyebabkan mangsa ditikam.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di dada kirinya di bawa ke HSJ oleh rakan serumahnya untuk rawatan sebelum dilaporkan mati sejam kemudian," katanya di sini, Ahad.

Menurutnya, polis merampas sebilah pisau di rumah sewa didiami warga Vietnam itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya polis turut menahan 20 warga Vietnam termasuk lima wanita yang tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan. Kesemua mereka bekerja di kilang sekitar Perai.

Vietnam, Bunuh

Artikel Lain