suria

Tiada Penahanan Pelancong Bogel Di Gunung Kinabalu - Pihak Berkuasa

KOTA KINABALU: Polis dan Jabatan Imigresen Sabah tidak menahan mana-mana lima pelancong asing yang berbogel dan buang air kecil di puncak Gunung Kinabalu.

"Kami tak tahu," kata Pengarah Imigresen Sabah, Nor Alam Khan ketika ditanya mengenai lima pelancong itu.

Laporan dalamn talian memetik Pengerusi Taman-Taman Sabah, Datuk Seri Tengku Zainal Adlin berkata, kesemua pelancong itu dalam tahanan polis di Kota Kinabalu dan akan didakwa di Mahkamah Anak Negeri di Sabah seawal Isnin ini.

Tengku Zainal ketika dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenau penahanan yang dibuat polis itu.

Bagaimanapun polis Sabah tidak pasti mengenai penahanan yang dilaporkan, di mana dua daripada lima pelanconga sing itu didakwa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah dan Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra turut memberitahu bahawa tiada seorang pun daripada lima pelancong asing itu dalam tahanan polis.

Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman tidak dapat dihubungi.

Gambar-gambar pelancong berbogel di Facebook menjadi viral, sehinggakan penduduk tempatan mempercayai gempa bumi yang berlaku pada Jumaat lalu disebabkan tindakan itu tidak menghormati gunung yang dianggap suci itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan turut merasakan bahawa Gunung Kinabalu mungkin marah kerana pelancong asing berbogel di situ dan sepatutnya dikenakan hukuman mengikut undang-undang adat.

gempa Sabah, Gunung Kinabalu

Artikel Lain