suria

Gempa Sabah: Murid TKPS Selamat Tiba Di Singapura

Ronan Lim dipertemukan semula dengan ibu bapanya.

SINGAPURA: Murid Darjah Enam Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), Ronan Lim sedang tidur di dalam sebuah pondok di Gunung Kinabalu apabila dia dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi Jumaat lalu.

Ronan sedang berehat bersama rakan sekolahnya di pondok tersebut kerana kurang sihat.

"Saya bertanya kepada rakan-rakan apa yang berlaku. Kemudian kami melari menyelamatkan diri," katanya.

Dia terjatuh dan terseliuh di pergelangan kaki kerana berusaha untuk menyelamatkan diri.

Namun, seorang anggota penyelamat membawa dia keluar dari kawasan tersebut.


Ronan antara salah seorang daripada 19 murid TKPS yang selamat tiba dari Kota Kinabalu, petang Sabtu.

Dua lagi murid dan seorang guru yang masih menerima rawatan di Kota Kinabalu akan kembali ke Singapura pada Ahad, kata Kementerian Pendidikan Singapura.

Beberapa ahli keluarga dan rakan murid sekolah itu berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, sejam lebih awal daripada ketibaan penerbangan tersebut yang dijadualkan pada pukul 3.05 petang Sabtu.

Keluarga mereka dibawa ke sebuah bilik khas manakala ahli keluarga termasuk bekas murid dan persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut menunggu di luar terminal.

Suasana di perkarangan terminat agak suram, walaupun antara mereka yang hadir tiada sebarang kaitan dengan kanak-kanak itu.

Mereka dilihat menitiskan air mata.

Kira-kira pukul 4 petang, kanak-kanak itu disatukan dengan keluarga mereka di sebuah bilik khas dan bertemu dengan orang ramai yang menunggu ketibaan mereka.

Kebanyakan mereka dibaluti selimut akibat kesejukan dan beberapa lagi menangis teresak-esak.

Seorang murid lelaki menggunakan kerusi roda dengan kaki kanannya berbalut.

Kebanyakan ibu bapa mangsa enggan ditemu bual media.

Bapa kepada Ronan, Dr Lim Chong Hee, 50, seorang pakar bedah jantung berkata, anaknya mengalami yang mengalami sakit dada akibat ketika berada di tempat tinggi, sedang berehat semasa gempa bumi melanda Ranau.

Beliau mendapat tahu mengenai insiden tersebut daripada Ronan.

"Ada seseorang memberikannya telefon dan perkara pertama yang dilakukannya adalah untuk menghubungi saya.

"Perkara ini diluar dugaan. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia satu kemalangan yang aneh," kata Dr Lim.

Seorang lelaki berusia 46 tahun yang enggan namanya didedahkan berkata, anak saudaranya berada di hentian rehat pada ketinggian 3,350 meter apabila gempa berlaku.

"Dia berlari menyelamatkan diri. Namun tidak semua berjaya melakukannya. Beberapa rakannya terlalu lemah dan tidak sihat," katanya.

Kanak-kanak lelaki itu dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dan menerima rawatan di Hospital Gleneagles Hospital, Kota Kinabalu.

Ronan Lim, gempa Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Lain